Kerjaya Sophia Liana

De Fam (2015-kini)

Rencana utama: Kumpulan De Fam

Bidang lakonan

Berbanding dua lagi rakannya Azira dan Manggis, Sophia agak kurang aktif dalam bidang lakonan kerana lebih memberi fokus kepada bidang nyanyian dan perniagaan yang dijalankannnya.[2]

Kemunculan pertamanya di dalam dunia lakonan adalah melalui watak sampingan dalam drama Mr. Donat Karamel di mana watak utama dalam drama tersebut dilakonkan oleh Azira Shafinaz. Menggangap dirinya masih mentah dalam dunia lakonan, Sophia lebih memilih untuk melakonkan watak sampingan di dalam drama bagi menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini.